Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan
Sebut sahaja perkataan “melancong” dan pelbagai gambar atau imej tempat-tempat percutian menerjah fikiran. Imej-imej ini mungkin hasil daripada percutian yang baru berlalu, atau mungkin merupakan destinasi kita yang seterusnya. Melancong ke luar negara merupakan satu aktiviti yang semakin digemari ramai.
Artikel Terkini

Dalam dunia yang semakin hari semakin moden dan wujudnya hutan konkrit di setiap penjuru, landskap semula jadi menjadi santapan mata yang indah, meyegarkan dan menenangkan apabila dihayati. Entri Nusa kali ini akan memaparkan 5 landskap ajaib di dunia.

Songket merupakan tekstil tradisional yang berasal dari Pulau Sumatra di mana benang emas atau perak ditenun ke dalam benang lungsin. Ianya dipercayai Kain songket dianggap kain yang mewah. Pada zaman dahulu, hanya orang-orang bangsawan sahaja yang dapat mengenakan kain songket.

Gugur setangkai bunga melati, Bersepah kelopak celahan di dada; Sekian lama sudah dinanti, Izinkan saya mulakan bicara. Begitulah salah satu contoh pantun adat yang sering digunakan di masa kini. Pantun adat selalunya digunakan dalam upacara adat istiadat orang Melayu.

Tanpa kita sedari, kita sudah menghampiri penghujung tahun. Waktu sebegini sering dijemput dengan keresahan oleh sesetengah pelajar. Sebabnya, para pelajar harus menduduki peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Keringat mengalir, tangan menggeletar dan diri pula menjadi tidak keruan.

Otak manusia – ia merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh seorang manusia. Ramai daripada kita sering mengambil sambil lewa tentang betapa signifikan ciptaan Yang Maha Esa ini. Pada masa yang sama otak memiliki pelbagai fungsi yang tidak diketahui oleh masyarakat.

Dengan niat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengarang serta menyediakan ruang untuk menyerlahkan kebolehan dalam penulisan, Pusat Bahasa NUSA telah menganjurkan sekali lagi peraduan Saya Boleh Mengarang tahun ini. Dengan penyertaan yang mencecah lebih daripada 200 pelajar, peraduan ini telah menyaksikan bakat para pelajar dalam penulisan.

Tubuhku bergegar. Alunan muzik bergema sekaligus menghapuskan keheningan suasana. “6:00am” jelas tertera. Dalam kegelapan, diriku diangkat lalu dipicit. Serentak, gegaran dan alunan muzik terhenti. Kegelapan dimamah cahaya. “Hadi! Hadi! Bangun!” Terdengar suara seorang wanita. “Ya ibu. Hadi nak pergi mandi,” suara yang tidak asing menjawab.

“Alahai, Musdhalifah.. Soalan senang begini pun tidak boleh jawab dengan betul? Kesian..,” aku menyindir Musdhalifah dengan nada sarkastik. Aku berlalu pergi dari meja Musdhalifah dengan senyuman sinis. Aku sempat melihat kertas jawapan Matematik milik Musdhalifah.

Hari ini harinya Tanpa merancang Buku merah dalam tangan Aku mulakan pengembaraan Laut, darat, udara Aku tiba di destinasi Beribu-ribu batu jauh dari keselesaan Mengikut kata hati Aku terus melangkah Dengan hati yang ghairah.