Cergas Cerdas

Berdiet Dengan Selamat

olehNurfadhillah Musa
June 2024

Baru-baru ini, masyarakat Singapura digemparkan dengan peningkatan kempen-kempen yang memberikan kesedaran tentang penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), dalam tahun 2014, sekitar 440,000 penduduk di Singapura yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit kencing manis. Jumlah pesakit kronik ini diramal akan meningkat kepada 670,000 menjelang tahun 2030.Food industry warned against promoting restrictive diets after Beyoncé posts 'dangerous' plan

Menurut pakar kesihatan, faktor kegemukan badan ialah faktor utama bagi penyakit kencing manis. Hal ini sering kali disebabkan oleh gaya hidup dan cara pemakanan yang kurang sihat. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak MOH untuk menangani masalah ini ialah dengan melancarkan sebuah portal dalam talian iaitu HealthHub. Portal ini memberikan maklumat yang pelbagai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan badan.

Berdiet membawa maksud mengehadkan makanan tertentu atau membatasi makanan. Lantaran itu, berdiet dengan selamat mampu membantu anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sekali gus, mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, dan beberapa jenis barah.

Lelaman HealthHub telah memperkenalkan sebuah inisiatif baharu iaitu Pinggan Sihat Saya. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat Singapura berdiet dengan selamat dan mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Sesiapa sahaja dapat menggunakan Pinggan Sihat Saya, kecuali mereka yang mempunyai diet yang khas berdasarkan saranan daripada doktor.

Pinggan Sihat Saya dapat diisikan dengan tiga bahagian. Cara-caranya tertera di bawah ini:

  1. Langkah Pertama: Isikan setengah daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  •   Buah-buahan dan sayur-sayuran secara semula jadinya mengandungi kadar lemak yang rendah dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral.
  •   Buah-buahan dan sayur-sayuran juga

menambah warna-warna yang menarik, tekstur dan rasa kepada diet anda. Malah, pigmen warna yang berbeza sebenarnya mengandungi manfaat yang unik kepada kesihatan anda. Jadikanlah pinggan anda lebih berwarna-warni untuk menikmati faedah kesihatan yang maksimum.

  1. Langkah Kedua: Isikan suku daripada pinggan anda dengan bijirin penuh.
  •   Makanan bijirin penuh, seperti beras perang dan oats, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang menyihatkan badan. Makanan bijirin halus pula merupakan makanan seperti nasi putih atau roti putih, yang telah diproses, lantas, zat yang berharga telah hilang.
  •   Memilih bijirin penuh adalah lebih baik daripada bijirin halus. Selain mengurangkan risiko penyakit kronik, pemakanan bijirin penuh juga dapat membantu mengurangkan berat badan kerana anda akan berasa kenyang buat jangka masa yang lebih lama.
  1. Langkah Ketiga: Isikan suku lagi daripada pinggan dengan daging dan yang lain-lain.
  • Kategori ini termasuk ayam (sebagai contoh: ayam, itik dan ayam belanda), daging (sebagai contoh: daging lembu dan daging kambing), makanan laut, telur, kacang, produk kekacang dan produk tenusu yang rendah lemak.

Selain mengisi Pinggan Sihat Saya dengan tiga bahagian ini, penting juga untuk anda mematuhi saranan-saranan ini:

Creating a Balanced Plate | Healthy recipes, Lunch recipes healthy, Healthy lunch snacks

  1. Fokus terhadap kalsium
  • Kalsium bukan sahaja menguatkan tulang dan gigi, tetapi juga mengurangkan risiko jangka panjang bagi penyakit tulang iaitu osteoporosis. Susu, dadih dan keju adalah antara sumber kalsium yang terbaik. Pilih produk tenusu yang rendah lemak atau tiada lemak untuk membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda mempunyai alahan terhadap produk tenusu, anda boleh meraih kalsium daripada sumber-sumber lain seperti ikan, tahu dan sayur-sayuran yang hijau.
  1. Gunakan minyak masakan yang sihat
  • Pilihlah minyak masakan yang lebih sihat dan tidak mengandungi lemak yang larut seperti minyak kanola, minyak kacang soya atau minyak zaitun. Namun harus diingat, minyak yang lebih sihat juga perlu dimakan secara sederhana.
  1. Pilihan minuman
  • Jadikanlah air minuman sebagai pilihan anda. la dapat menghilangkan dahaga dengan lebih baik daripada minuman bergula. Selain itu, jika anda selalu minum minuman yang bergula, berat badan anda boleh meningkat.
  1. Cergaskan badan
  • Senaman tetap penting. Secara amnya, anda patut melakukan senaman selama 150 minit setiap minggu.

Secara keseluruhannya, berdiet dengan selamat bukanlah sesuatu perkara yang sukar untuk diamalkan. Dengan berpaksikan Pinggan Sihat

Saya serta saranan-saranan tambahan di atas ini, anda akan memulakan langkah yang penting dalam memastikan pemakanan secara sihat. Ingat: Berdiet dengan selamat akan menjadikan badan anda cergas dan otak anda cerdas. Selamat mencuba!

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Kesihatan Mental