Cergas Cerdas

Beriadah dalam Bentangan Alam

olehNur Amirah Salimin
July 2016

Pada zaman persekolahan kini, sudah tentu anda kadangkala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk ujian-ujian yang akan datang di samping menghabiskan tugasan-tugasan rumah yang bertimbun, bukan? Kadangkala, rasa bosan, letih dan tertekan pasti dirasai apabila terlalu banyak masa diluangkan untuk kerja-kerja sekolah. Walaupun tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar itu penting, ia bukan satu alasan bagi kita untuk mengabaikan tanggungjawab diri dengan menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi kita. Hanya dengan keseimbangan kesihatan ketiga-tiga aspek ini barulah tubuh dan minda kita kekal cergas dan cerdas. Dalam bahagian Cergas Cerdas kali ini, kita akan menerokai tempat-tempat di Singapura yang boleh dijadikan lokasi melakukan pelbagai macam kegiatan riadah yang menarik dan seronok bersama keluarga dan teman-teman.

1.Taman Pulau Coney ( Coney Island Park )

Dibuka pada suku akhir tahun 2015, Taman Pulau Coney mampan dari segi ekologinya. Ia turut menggerakkan banyak inisiatif pemeliharaan alam. Taman ini mempunyai laluan berpandu khas untuk pengunjung yang ingin trekking, berjalan-jalan atau berbasikal di laluan daripada pintu masuk timur hingga ke pintu masuk barat yang berukur sepanjang 2.4 kilometer. Ada banyak manfaatapabila kita berbasikal dan trekking. Antaranya adalah apabila berbasikal, ia menguatkan otot, meningkatkan fleksibiliti, membakar lemak dalam badan kita dan yang peling penting, mengurangkan stres. Apabila kita trekking pula, kita dapat meningkatkan kapasiti fungsi paru-paru dan jantung, mengimbangi tahap kolesterol kita dan mengurangkan risiko mengalami serangan jantung dan serangan strok. Para pengunjung boleh menyewa basikal dari Punggol Point Park. boleh Selain itu, terdapat pelbagai spesis burung dan tanaman di sini.

 Malah terdapat juga beberapa spesis tanaman yang terancam. Kebanyakan tanam-tanaman seperti pokok-pokok di sini mempunyai label namanya dan penerangan ringkas tentangnya jika para pengunjung ingin mengenai lebih lanjut tentangnya. Walaupun tanaman-tanaman di sini jarang dilihat di mana-mana dan kelihatang sungguh menarik dan unik, adalah dilarang untuk memetiknya demi memelihara dan mengekalkan alam sekitar di tanah air kita ini. 

AMARAN! Taman Pulau Coney mempunyai banyak kera yang nakal. Jangan dekati mereka, lebih-lebih lagi ketika membawa bungkusan makanan ataupun botol minuman.

2. Punggol Waterway Park

Dibuka pada tahun 2011, ia bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang hijau bagi penduduk di kawasan Punggol. Ia turut menyediakan laluan untuk berlari-lari anak dan berbasikal. Berlari-lari anak, berlari ataupun hanya berjalan sahaja juga boleh membawa kesan positif kepada tubuh badan kita. Ia meningkatkan kandungan Vitamin D di dalam badan kita, justeru menyihatkan tulang dan memperbaiki sistem imun kita. Sistem imun yang baik dapat mempertahankan tubuh badan kita agar kita tidak mudah jatuh sakit. Selain itu, ia juga memperbaik tidur kita. Taman inijuga mempunyai taman permainan air dan pasir untuk kanak-kanak dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk bersenam. Jika hanya ingin duduk menenangkan fikiran seorangan, taman ini juga mempunyai banyak tempat duduk di tepi laluan air tersebut. Bolehlah kita menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan yang indah di sekeliling taman ini.

PERINGATAN! Taman permainan air tersebut ditutup pada setiap hari Isnin untuk penyelenggaraan.

3.Bedok Reservoir Park – Forest Adventure

Forest Adventure di Taman Bedok Reservoir merupakan satu-satunya tempat di Singapura di mana pengunjung boleh mengembara di sudur pokok dengan halangan-halangan tertentu. Anda berpeluang menacabar diri untuk berjalan di atas balak-balak tergantung setinggi lima meter dari tanah yang akan bergegar dan bergoyang dengan setiap langkah. 

Namun, anda harus memeriksa kelayakan ketinggian dan berat badan anda sebelum mencuba sesetengah aktiviti yang ada terlebih dahulu. Selain itu, pengalaman yang menyeronokkan ini pasti akan menjadi salah satu pengalaman yang tidak akan mudah luput dari ingatan! Sekali sekala apabila kita menggesakan adrenalin kita dengan aktiviti-aktiviti yang menguji keberanian, lebih banyak oksigen yang akan dialihkan kepada sel-sel dalam tubuh, justeru menyihatkan lagi tubuh. Selain itu, ia boleh mengurangkan tekanan seharian. Deria-deria juga menjadi lebih sensitif, membolehkan anda untuk memberi reaksi dengan pantas dalam sebarang situasi yang genting.

4. Jacob Ballas Children’s Garden

Jacob Ballas Children’s Garden merupakan taman pertama di Asia yang khusus untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Kita boleh meningkatkan penghargaan terhadap tanam-tanaman dengan mengembara di alam semula jadi ini sambil berseronok bermain dan belajar tentang alam semula jadi kita ini! Taman ini mempunyai pagar sesat(maze) yang diperbuat daripada pokok-pokok renek, bahagian interaktif untuk mempelajari bagaimana tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis dan juga tempat bermain dengan air pancutan. Ibu bapa juga boleh memuatnaikkan dan mencetak beberapa helai lembaran kerja yang boleh diisi sepanjang pengembaraan di taman ini. Taman ini juga berdekatan dengan Taman Botanik. Setelah letih berseronok, bolehlah anda dan keluarga anda berkelah dan menjamu selera di tepi kolam dengan percuma!

Apabila melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama teman-teman dan keluarga, bukan saja ia membawa manfaat kepada diri sendiri, malah memanfaatkan orang-orang di sekeliling kita. Hal Ini kerana ia dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Di samping itu, ia meningkatkan lagi mutu kehidupan dengan membolehkan kita untuk mencapai keseimbangan dalam menangani pelajaran akademik, hubungan antara kita dan orang-orang di sekeliling kita, serta kecergasan diri.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Mekanisme Minda

Lima Jenis Makanan Melayu Yang Sihat