Sanggar Sastera
Sanggar Sastera
Daki Kudaki Jauh lagi Panjat Kupanjat Tersekat-sekat Bermandi keringat Lelah Aku lelah Harapan punah Mengalir air mata darah Patutkah diriku menyerah Bertiup bayu Memujuk kalbu Memacu tubuh lesu Membakar semangat jitu Langkah diorak satu-persatu Sudah kubayang tempatku di situ Gunung harapan Kau akan kutawan
Sanggar Sastera
Anakku, Janganlah sesekali kau membiarkan masa lampaumu menjejas perjuanganmu Janganlah sesekali kau membiarkan kata-kata mereka yang menghinamu, mengherdikmu, menghambat perjuanganmu Anakku Dalam perjuanganmu untuk mencapai kejayaan, Kau akan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan Yang ada kalanya kau rasa kau tak mampu untuk mengatasinya Namun, Ingatlah, jangan pernah kau menyerah kalah
Sanggar Sastera
Diriku semakin menua Hidupku akan berakhir jua Zaman berzaman kau memijak diriku Zaman berzaman kau kotori diriku Zaman berzaman pantas berlalu Hinakah aku? Makhluk digelar manusia Jahil lagi kikir Menumpah darah di mukaku Menggali diriku dahagakan harta Cemari maruahku dengan kebatilan Hinakah aku? Yang jahil dilantik ketua Yang arif dipenjara
Sanggar Sastera
Biar sesaat terlepas Biar sesaat tertunda Melayan bicara minda Menanggung beratnya nilai kata-kata Kata-kata yang bakal diluah kesat, kasar, manis hodoh, buta, bisu Akan diukir Kerana hati merana Mendengar makna tersirat dalam bicara awang Berbuih makian, hasutan, cemuhan Tidak berasas Biar sesaat tersimpan Biar sesaat tertangguh Mencari ilmu sahih sebalik
Sanggar Sastera
Hari ini harinya Tanpa merancang Buku merah dalam tangan Aku mulakan pengembaraan Laut, darat, udara Aku tiba di destinasi Beribu-ribu batu jauh dari keselesaan Mengikut kata hati Aku terus melangkah Dengan hati yang ghairah.
Sanggar Sastera
Gunung-gunung yang berdiri, Tinggi dan tegas di atas bumi. Langit yang biru, luas dan jelas, Membayangkan dunia yang suci.
Sanggar Sastera
Adik, Biar langit melihat wajahmu, Biar ia saksikanmu penuhi amanahmu Kerana kau hamba Tuhan diperkasakan iman. Kerana kau anak bangsa dimuliakan bahasa.
Sanggar Sastera
Bangsaku kaya Harta permata kita ditinggalkan nenek moyang Gelang emas penghias nadi Warisan emas menjadi rantaian nadi Biar dirangkul erat segala milik harta Secebis nota buatmu sayang.
Sanggar Sastera
Ibarat mengejar sang mentari Langit cerah menyinari cahaya Memberi perangsang pada diri Usah diikutkan jiwa yang lemah.
Sanggar Sastera
Tanpa batas, tanpa sempadan Untuk diciduk, untuk digali Nanti labanya kau juga yang raih Tingkatkan usaha, bulatkan hati.