Panduan Pelajar

Menetapkan Sasaran

olehCikgu Azizah Nordali
January 2016

Pernahkah kamu ingin mencapai sesuatu tetapi gagal melakukannya? Contohnya, kamu ingin sekali mencapai gred A dalam subjek Matematik tetapi kamu gagal. Kecewa bukan?

Jangan putus asa! Mungkin sahaja kamu kurang memberi perhatian dalam menetapkan sasaran kamu. Ramai yang berfikiran bahawa menetapkan sasaran bagi subjek pelajaran itu tidak penting. Ianya tidak benar sama sekali. Menetapkan sasaran ialah langkah pertama dalam mencapai kejayaan yang kamu inginkan.
Terdapat pelbagai cara untuk kita menetapkan sasaran tetapi di sini, NUSA telah mengulas cara-cara yang lebih berkesan.

Menetapkan sasaran
Pertama, kita harus tahu dengan jelas apa yang kita ingin capai dalam subjek-subjek tertentu.

  1. Terperinci – Pastikan sasaran kamu terperinci.
    Contoh: Kamu ingin meningkatkan prestasi dalam subjek Matematik. (TIDAK TERPERINCI)
    Tukarkan kepada πŸ‘ͺ Kamu ingin meningkatkan gred dalam subjek Matematik daripada gred C ke gred B semester ini.
  2. Kemampuan – Pastikan sasaran kamu sesuai dengan kemampuan kamu.
    Contoh: Selama ini gred subjek Matematik kamu dalam perkarangan gred C. Kamu pula agak lemah dalam topik algebra.
    Sasaran kamu untuk semester ini ialah untuk meningkatkan pemahaman dalam topik algebra dan mencapai gred B.
  3. Masa – Tetapkan masa yang anda perlukan untuk mencapai sasaran kamu. Contohnya, dalam semester ini, dalam tahun ini, dalam sebulan, atau seminggu.
  4. Realistik – Adakah sasaran kamu boleh dicapai?

    Kamu sudah pun menetapkan sasaran terperinci kamu. Langkah pertama selesai.

    Sebab utama kebanyakan pelajar gagal untuk meraih hasil yang diingini walau adanya sasaran, ialah mereka kekurangan iltizam (keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen) untuk melaksanakan tugas mereka.

Tindakan

  1. Tumpukan perhatian kamu kepada 1-2 sasaran untuk setiap subjek.
    Contoh: Saya ingin memahami topik algebra dengan seluruhnya DAN meningkatkan gred daripada C ke D semester pertama ini.
    Kamu tidak digalakkan untuk mempunyai lebih daripada dua sasaran kerana ia akan menjadi terlalu banyak untuk digarap.

  2. Bahagikan rencana sepanjang semester kamu kepada tiga bahagian: bulanan, mingguan dan harian. Kamu boleh sahaja menggunakan contoh di bawah sebagai panduan.

Dengan cara ini, kamu dapat β€œlihat” dengan jelas apa yang seharusnya kamu lakukan setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan. Kamu akan dapat menjejaki kemajuan dalam mengecapi sasaran yang telah kamu tetapkan. Cubalah cara ini secara konsisten dan lihatlah hasilnya nanti. Kejayaan di dalam tangan kamu.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Keutamaan dan Disiplin Diri