Cerpen Pelajar

Terpaksa

olehMysara ( Kelas 6A, Sekolah Rendah Endeavour )
April 2016

Dalam cuaca panas terik ini Jeff terpaksa berjalan kaki pulang ke rumahannya. Badannya dibongkokkan untuk mengatasi keberatan beg sekolahnya. Badannya berpeluh dan Jeff barasa panas dan haus. Dia meraba-raba di tepi beg sekolahnya untuk botol airnya tetapi botol airnya tidak di situ.

“Mungkin di dalam beg saya,”Jeff berkata.

Dia menghela nafas yang panjang. Dia tersenyum sedikit apabila dia semakin mendekati bloknya.

Tiba-tiba, langkahnya berhenti. Dia terlihat dua orang sahabat yang dia kenali sdang memegang sebuah penyala api dalam satu tangan dan sesuatu yang dibalut di dalam sehelai kertas. Dia berlari ke arah mereka dan berdiri di sisi mereka.

“John! Sarah! Berhenti!” Jeff memekik sebelum kawan-kawannya memasukkan batang rokok itu ke dalam mulut mereka.

John dan Sarah yang terkejut dengan kehadiran Jeff, cuba menyembunyikan kotak rokok itu daripadanya.

“Mengapa kamu begini? Merokok tidak baik untuk kesihatan kita. Kamu berdua harus membuang kotak rokok itu,”pesan Jeff.

“Ha!Ha!Ha!”celah seseorang yang menghampiri mereka .

Muka Jeff menjadi pucat apabila mendengar tawa itu. Sekumpulan remaja lelaki itu muncul di belakang tembok blok. Senyuman sinis terukir di wajah mereka. Seorang remaja dari kumpulan itu berjalan ke arah Jeff yang menggigil ketakutan. Dia menolak Jeff ke tepi dan ketawa lagi apabila Jeff terjatuh.

Badan Jeff semakin panas. Dia terus berdiri dan mula berjalan ke arah lobi lif.

“Psst…Hei, kawan-kawan! Saya ada rancangan untuk budak-budak ini” kata samseng itu sebaik sahaja Jeff memicit butang lif. Telinga Jeff mula mendengar rancangan itu. Mereka hendak Sarah dan John merompak sebuah kedai runcit yang dijaga oleh seorang lelaki tua. Jeff tidak berlengah untuk mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon polis. Beberapa orang anggota polis segera dikerahkan ke kedai runcit itu.

“Jangan bergerak! Angkat tangan kamu!” jerit pegawai-pegawai polis yang berdiri di luar kedai itu. Semua samseng itu mengangkat tangan. Sarah dan John juga buat sedemikian. Pekedai yang baru sahaja diugut oleh samseng-samseng itu masih kelihatan pucat.

Jeff akhirnya dapat menghela nafas lega apabila samseng-samseng itu dimasukkan ke dalam kereta polis itu. Sarah dan John merenung Jeff dengan pandangan yang penuh kebencian. Jeff tidak sanggup mengangkat wajahnya. Walaupun kelihatan kejam, dia terpaksa melaporkan kesalahan kawan-kawannya. Jeff berasa tangan seseorang di bahunya. Pegawai polis itu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Wiraku

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya