Sanggar Sastera

Anakku

olehNur Afiqah Bte Mokhtar Kamarudin
June 2024

Anakku,
Janganlah sesekali kau membiarkan masa lampaumu menjejas perjuanganmu
Janganlah sesekali kau membiarkan kata-kata mereka yang menghinamu, mengherdikmu,
menghambat perjuanganmu

Anakku
Dalam perjuanganmu untuk mencapai kejayaan, Kau akan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan Yang ada kalanya kau rasa kau tak mampu untuk mengatasinya

Namun,
I
ngatlah, jangan pernah kau menyerah kalah
Kerana setiap yang pahit pasti ada kemanisannya jua Ingatlah, tiada orang yang akan membantu dirimu dalam saat-saat genting
Kecuali diri kau sendiri dan Tuhan yang Maha Esa yang selalu di sisi

Anakku,
Apabila kau sudah berjaya satu hari nanti Jangan sesekali kau alpa kerana kekayaanmu Jangan sesekali kau leka kerana pangkatmu
Jangan sesekali kau abai darjatmu suatu ketika dahulu
Jangan sesekali kau lupa diriku yang bergelar ibumu

Wahai anakku
Peganglah kata-kataku
Sematkannya dalam jiwamu
Jadikanlah ia sebagai pedoman dalam dirimu
Agar kau akan selamat melayari bahtera hidupmu

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Bicara Bumi