Rencana Khas

Media Sosial – Menguasai, Mengemudi atau Memperkasa?

olehMuhammad Mukarram Sofi M.M
February 2024

Dalam abad ke-21 kini, media sosial merupakan sebahagian daripada hidup manusia. Bahkan, boleh dikatakan bahawa jika seseorang itu tidak mempunyai akaun media sosial, dia seseorang yang ketinggalan zaman. Bak kata pepatah, seperti katak di bawah tempurung. Media sosial dimaksudkan sebagai lelaman sesawang ataupun aplikasi yang membolehkan penggunanya mereka dan mengongsi maklumat dan inti pati seperti gambar dan video di alam maya. Antaranya adalah seperti Instagram, Twitter, Facebook ataupun Youtube. Setiap daripada aplikasi in mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Media sosial mempunyai penggunaan yang luas dan tidak terbatas. Namun, penggunaan media sosial juga dapat memberi kesan yang buruk kepada diri dan masyarakat jika disalahgunakan. Dengan itu, adalah penting untuk pengguna mengamalkan tatacara yang betul di media sosial supaya dapat memastikan media sosial it digunakan dengan tujuan dan cara yang sebaik mungkin.

Media sosial dapat digunakan untuk menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia. Ini merupakan antara ciri terpenting media sosial. Ini bermaksud bahawa manusia tidak perlu lagi bertemu antara satu sama lain untuk berinteraksi sesama mereka. Sebagai contoh, seseorang yang sedang bercuti di luar negara dapat memuat naik gambar-gambarnya di Instagram untuk memberitahu saudara-mara ataupun rakan-rakannya di tanah air bahawa dia sedang berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Media sosial juga dapat menghubungkan semula seseorang dengan rakan-rakannya yang telah lama tidak ditemui. Ini menunjukkan bahawa media sosial dabat digunakan untuk menjalin dan mengeratkan lagi silaturahim antara manusia. Lantas, media sosial membunvai beranan untuk memastikan bahawa manusia dapat hidup dalam sebuah masyarakat yang bersatu walau di mana pun mereka berada: bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati.

Dalam pada itu, media sosial juga dapat dijadikan sebagai wadah untuk seseorang berkongsi tentang pelbagai perkara dengan pengguna yang lain. Pengguna dapat berkongsi maklumat, ilmu, pengalaman dan lain-lain lagi yang dapat dimanfaatkan pengguna lain. Sebagai contoh, ramai usahawan-usahawan muda yang mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka melalui Facebook ataupun Instagram. Di Youtube pula, pengguna dapat menonton blog video ataupun ‘vIog’ kegemaran mereka. Contohnya ialah video-video hobi seperti tatacara menghias kek. Ilmu agama juga dapat dikongsi bersama orang ramai seperti nasihat-nasihat Sohibus Samahah Mufti Dr. Fatris Bakaram kita yang penuh dengan pengajaran dan peringatan tentang keinsafan diri. Natijahnya, media sosial dapat digunakan sebagai wadah yang dapat memanfaatkan penggunanya secara meluas. 

Walau bagaimanapun, media sosial juga seringkali disalahgunakan oleh manusia seperti dalam perihal hak kebebasan bersuara  Mediasosial membolenkar manusia untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran mereka secara terbuka di ruang awam. Namun kebebasan bersuara tidak bermaksud mereka bebas untuk menyuarakan apa jua perkara tana bertikit dan menapis terdahulu perkara yang sensitif dan yang mampu membangkitkan ketidaksenangan antara orang ramai. Ini lebih-lebih lagi mungkin berlaku jika kenyataan tersebut berkaitan dengan keagamaan ataupun bersifat perkauman. Terdapat terlalu banyak kejadian di media sosial di mana penggunanya berkongsi pendapat mereka tanpa berpegang kepada sebarang adab ataupun etika Sebagai contoh, pada tahun lepas, seorang remaja vana bernama Amos Yee telah memuat naik sebuah video di Youtube yang memaparkan perkara perkara negatif tentang bapa pengasas singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew. Video ini dimuat naik sewaktu rakyat Singapura sedang berkabung memperingati pemergian beliau. Dia juga tular membuat komen negatif terhadap agama Kristian dan Islam. Komennya yang tidak sensitif dan tidak berasas itu telah menyebabkannya diberkas oleh pihak polis. Pengajarannya, kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang it mempunyai hak mutlak untuk meluahkan pendapat mereka tapa menapis ataupun mencaci pihak yang lain. Kesimpulannya, pengguna media sosial haruslah bertanggungjawab terhadap segala yang dikongsi oleh mereka di dalam media sosial dan bukannya menyalahgunakan hak mereka untuk bebas bersuara.

Akhir sekali, adalah sedih sekali apabila media sosial telah disalahgunakan untuk menyebarkan keaiban seseorang. Ini hanya akan merumitkan sesuatu perkara lagi jika berita tersebut hanya merupakan khabar angin ataupun direka-reka semata-mata untuk tujuan memburukkan nama sebuah pihak. Ini merupakan antara penyakit yang berbahaya dalam kalangan para pengguna media sosial di mana maruah dan martabat seseorang it mudah tercemar apabila sesuatu berita itu menjadi ‘viral’ ataupun tersebar luas. Sebagai contoh, lelaman web Stomp. sg dikenali ramai sebagai lelaman yang memuat naik pelbagai berita ‘sensasi’ mengenai rakyat Singapura yang melakukan perkara-perkara yang menjengkelkan ataupun kurang sopan di tempat awam. Walaupun kita mungkin bersetuju bahawa apa yang dilakukan mereka adalah salah, perbuatan menyebarkan dan menguar-uarkan kesalahan orang lain di dalam alam media sosial lebih-lebih lagi jika perkara it tidak sepenting mana pun, akan hanya menconteng arang di muka orang yang telah dirakam dalam video tersebut. Selain daripada itu, apa yang juga telah menjadi kebiasaan adalah apabila pengguna Facebook mengongsi ketidakpuasan mereka terhadap sesuatu pihak di dalam Facebook sambil menyertakan sekali gambar pihak yang tidak disenangi mereka itu. Ada pengguna yang akan pula berkongsi maklumat peribadi pihak tersebut seperti kad pengenalan dan juga alamat rumah mereka. Tidak dinafikan bahawa pengguna yang berkongsi rungutannya it mungkin ternata betul dan ingin berkongsi kepada yang lain supaya lebih berhati-hati. Namun, janganlah ke tahap yang berlebih-lebihan dan tidak munasabah. Niat mereka memuat naik rungutan mereka it haruslah diperbetulkan dan bukan hanya mengikut emosi dan nafsu amarah mereka. Setiap manusia it tidak terlepas daripada kesilapan dan tentunya kita ingin dimaafkan apabila membuat sesuatu kesalahan.

Kesimpulannya, apa pun perkara ada baik dan ada buruknya termasuk media sosial.Media sosial haruslah dimanfaatkan demi kebaikan dan pembangunan masyarakat dan bukan disalahgunakan untuk perkara-perkara yang tidak membawa faedah malah memalukan. Penggunaan media sosial in tidak disertakan dengan sesuatu buku panduan. Dengan itu, kita haruslah berpegang kepada budi leluhur budaya dan bangsa kita dan juga adab dan akhlak yang diajar agama sebagai panduan kita bukan hanya dalam penggunaan media sosial tetapi juga panduan hidup.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Agenda: Air

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan