Panduan Pelajar

Mengimbangi Masa Antara Kerja Sekolah Dan Kegiatan Luar Darjah

olehNurul Haziqah
June 2024

Saya pasti bahawa aktiviti mingguan anda bukan sekadar berkaitan dengan sekolah sahaja. Pastinya anda ada komitmen lain seperti aktiviti ko-kurikulum, kelas tuisyen, kelas madrasah, kelas muzik, latihan silat dan macam-macam lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut amat menyeronokkan, acapkali anda akan rasa terbeban kerana aktiviti-aktiviti tersebut memakan masa yang banyak. Lantaran itu, penting bagi anda untuk belajar mengimbangi masa antara aktiviti-aktiviti sebegini supaya tidak rasa terlalu tertekan. Ini kerana prestasi anda di sekolah boleh terjejas sekiranya anda mengalami tekanan yang melampau.

Sewaktu di sekolah menengah dahulu, saya aktif dalam aktiviti-aktiviti luar darjah. Sebagai ahli pancaragam sekolah, jadual saya amat padat kerana latihan-latihan pancaragam diadakan dua hingga tiga kali seminggu. Apabila menjelangnya musim peraduan, jumlah latihan dalam seminggu akan dilebihkan dan selalunya akan memakan keseluruhan hari Sabtu saya. Selain itu, buat seketika, saya menyertai Orkestra Belia Melayu Singapura (SYMO). Latihannya diadakan sekali sahaja dalam seminggu pada malam hari dan lokasinya jauh dari rumah saya. Tidak dapat saya nafikan bahawasanya zaman sekolah menengah merupakan jangka waktu yang sukar bagi saya untuk mengimbangi masa kerana sudah pastinya saya lebih gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Justeru itu, tanpa disiplin diri, amat mudah bagi saya untuk leka dengan tugasan sekolah, tuisyen dan madrasah. Lantaran itu, dalam isu Kembara Nusa kali ini, saya akan mengongsi panduan-panduan mengimbangi masa dengan bijak yang membolehkan anda melakukan aktiviti-aktiviti kegemaran anda tanpa menjejas prestasi anda di sekolah.

  1. LAKARKAN JADUAL WAKTU

How And When To Take NotesMengapakah setiap sekolah melakarkan setiap kelasnya jadual-jadual waktu yang berbeza-beza? Ini supaya pihak sekolah dapat memastikan bahawa setiap murid dapat memperuntukkan masa yang mencukupi untuk setiap mata pelajaran dan supaya setiap guru dapat masa yang mencukupi untuk mendidik murid-murid mereka. Begitu juga dengan anda. Anda harus pandai membahagikan masa supaya tidak terlebih atau terkurang memberikan perhatian kepada mata pelajaran di sekolah mahupun aktiviti-aktiviti luar darjah anda. Satu cara adalah dengan mengkhususkan setiap hari untuk menelaah satu mata pelajaran. Pastikan bahawa anda sertakan sekali waktu rehat setiap sejam setengah hingga dua jam menelaah pelajaran. Waktu rehat dapat membantu otak anda untuk memproses dan mengkategorikan maklumat dengan lebih mudah dan berkesan.

  1. RANCANG WAKTU ANDA LEBIH AWAL

Walaupun anda mempunyai jadual waktu, tidak bermaksud anda akan boleh mengikutnya secara keseluruhan. Ini kerana agenda-agenda yang tidak dirancang pasti akan berlaku. Antaranya ialah guru anda memutuskan untuk mengendalikan kelas tambahan atau keluarga anda ingin beriadah pada hujung minggu. Contohnya, anda selalunya berehat pada malam Sabtu. Namun, keluarga anda telah memutuskan untuk beriadah ke Johor Bahru pada hujung minggu itu. Disebabkan anda tahu anda tidak akan ada masa untuk melakukan kerja-kerja sekolah pada hujung minggu itu, anda harus memastikan semuanya selesai pada malam Sabtu.

  1. MANFAATKAN POKET-POKET MASA

Enjoy English Blog - Enjoy EnglishApakah “Poket-poket masa”? Poket-poket masa merupakan masa yang terluang antara aktiviti-aktiviti harian anda yang seringkali dibiarkan terbazir. Contohnya, waktu menunggu bas, waktu menanti makanan dan waktu menunggu guru untuk tiba di kelas. Seringkali, kita akan menggunakan masa ini untuk berbual dengan rakan-rakan. Apa yang sepatutnya kita lakukan sewaktu masa-masa terluang ini adalah menelaah pelajaran atau menyelesaikan tugasan-tugasan sekolah. Seorang guru pernah mengajar saya supaya menulis nota-nota ulang kaji pada kad-kad kiu. Ini memudahkan anda untuk menelaah di mana sahaja. Tambahan pula, dalam zaman serba canggih ini, anda juga boleh mencatat nota-nota ulang kaji ke dalam telefon bimbit atau tablet anda.

  1. USAH MENANGGUH TUGASAN

Satu kesalahan yang murid-murid sering lakukan adalah menangguh tugasan. Murid-murid sering memandang ringan jangka waktu yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Akibatnya, murid-murid asyik menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Apa yang nyata ialah tugasan tersebut memerlukan lebih masa daripada yang dijangkakan. Lantaran itu, pelaksanaan tugasan-tugasan anda akan tertangguh dan lambat diselesaikan. Acap kali, disebabkan tekanan untuk menyelesaikan semua tugasan dalam jangka waktu yang singkat, para murid akan menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut secara melepaskan batuk di tangga. Hal ini akan memberikan anggaran yang kurang tepat tentang kepakaran atau kemahiran anda dalam sesuatu topik pelajaran itu. Justeru itu, anda tidak sepatutnya meninggalkan semua tugasan hingga ke saat akhir kerana hal itu hanya akan menyusahkan diri anda.

  1. KETAHUI WAKTU PUNCAK AKTIVITI LUAR DARJAH ANDA

Kadangkala, anda terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti-aktiviti luar darjah anda. semasa musim peraduan atau persembahan. Tidak salah untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti luar darjah semasa waktu puncaknya. Ini kerana kita semua harus memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun begitu, anda harus memastikan bahawa tugasan sekolah yang asas tidak diabaikan. Sebaik sahaja waktu puncak aktiviti luar darjah anda selesai, anda mesti meluangkan lebih banyak masa untuk tugasan sekolah dan mengulang kaji pelajaran

  1. UTAMAKAN YANG LEBIH PENTING

Satu lagi cara untuk memastikan bahawa semua tugasan selesai tepat pada waktunya adalah dengan mengutamakan mana yang lebih penting. Tugasan yang lebih memerlukan perhatian atau yang tarikh penyerahannya lebih hampir harus didahulukan. Sediakan senarai semak untuk mencatat semua tugasan yang perlu dilengkapkan. Kemudian, pangkah setiap tugasan yang berjaya dilengkapkan. Anda pasti akan berasa lebih bersemangat apabila melihat senarai tugasan anda semakin pendek.

Defining priorities is one of the most agonizing challenges companies will face

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Mengembangkan Pemikiran