Panduan Pelajar

Mengembangkan Pemikiran

olehNorazim Azami
March 2024

Idea Background Vector Art, Icons, and Graphics for Free Download

Kekuatan minda merupakan satu anugerah yang perlu kita gunakan sebaik mungkin demi mencapai kemajuan. Kehebatan minda yang sebenar tidak dapat kita bayangkan. Tahukah anda bahawa kekuatan minda itu menyamai satu sistem komputer seluas 12 padang bola sepak? Kajian turut menunjukkan bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan kira-kira 3 peratus daripada potensi minda yang sebenar. Bayangkan jika kita mampu menggunakan potensi yang sebenar. Oleh itu, salah satu cara untuk memanfaatkan potensi kita yang sebenar adalah dengan berfikiran kritikal.

Man help open the brain with a light bulb on blue background. Creativity  and innovation symbol. Ideas for business success. vector illustration in  flat design. 21511659 Vector Art at VecteezyBerfikiran kritikal boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk berfikir secara jelas dan rasional. Seorang pemikir yang kritikal itu akan mempertimbangkan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan. Kebolehan berfikiran kritikal boleh dicapai melalui tiga cara ini:

KETERBUKAAN MINDA

Keterbukaan minda bermaksud kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima lebih banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup baharu. Sebagai seorang pelajar kita harus meluaskan pembacaan dan mengamalkan sikap sentiasa mahu bertanya. Janganlah malu untuk bertanya kepada kawan-kawan jika ada pelajaran yang kurang difahami. Lebih baik lagi jika kita boleh mendapatkan sesi konsultasi dengan guru supaya semua keraguan dapat diatasi. 

Premium Vector | Team building team collaboration for business idea  teamwork to solve problem strategy plan to work together for success  concept businessmen and businesswomen team up to solve lightbulb jigsawKESABARAN

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang penuh dengan cabaran sehingga ia boleh menjejas motivasi kita untuk mencapai matlamat. Jika keputusan peperiksaan yang diperoleh kurang memuaskan hati, ataupun jauh daripada jangkaan janganlah berputus asa dan bawa bersabar. Hanya dengan kesabaran kita mampu berfikir secara kritikal. Apabila kita bersabar, kita mampu berfikir secara rasional dan dapat mengelakkan emosi daripada mengawal minda diri. Cuba ambil masa dan bertindak secara realistik dengan bertanya kepada diri sendiri.

“Apakah kelemahan saya sehingga saya kehilangan banyak markah?”

“Topik apakah yang perlu saya tambahkan ulang kaji?”

“Cukupkah masa yang telah saya luangkan bagi subjek ini?”

“Adakah cara saya belajar berkesan?”

Pemikiran seperti inilah yang dinamakan kritikal. Gunakanlah kesilapan yang dibuat ini sebagai satu peluang untuk kita mengenal pasti kelemahan diri sendiri agar kita dapat mengatasinya pada masa hadapan. Budaya seperti inilah yang akan mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan yang sama, dan sebaliknya membuat kita menjadi lebih baik pada masa hadapan! Sentiasa bersabar dan berfikiran jauh. Biar bersusah-payah sekarang agar menjadi senang kelak.

KEBERANIAN UNTUK BERFIKIR

Thinking Outside the Box" ~ A Lesson (3rd -8th) - Big Ideas for Little  Scholars

Seperti yang dikatakan, manusia secara amnya hanya menggunakan 3 peratus daripada potensi minda yang sebenar. Jadi, mengapakah kita sangat takut untuk berfikiran kritikal? Banyak lagi kemungkinan dan idea yang masih boleh difikirkan. Dalam zaman yang mencabar ini, seorang pelajar kini perlu menyiapkan pelbagai jenis projek sebagai sebahagian daripada tuntutan peperiksaan. Seorang pelajar perlu berani memikirkan idea baharu dan menghasilkan inovasi yang menguntungkan masyarakat. Itulah semangat yang perlu disemai dalam diri agar kita sentiasa mahu berfikir dengan lebih mendalam dan kreatif. Beranikan diri untuk memberikan penilaian terhadap sesuatu isu dengan kejujuran hati. Adakah cara yang sama ini masih relevan kepada keperluan kita? Perlukah kita mencari cara-cara baru yang boleh mengembangkan potensi kita? Meskipun fikiran kritikal adakalanya memerlukan kita untuk berganjak dari cara lama dan keluar dari zon keselesaan diri, kembangkan sayap diri sendiri kerana pelbagai lagi peluang yang ada di luar sana yang boleh dicapai.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Mengimbangi Masa Antara Kerja Sekolah Dan Kegiatan Luar Darjah

Mengatasi Gangguan dalam Pelajaran