Bicara Budaya

Muzik Tradisional Melayu

olehNurul Haziqah Hassan
March 2024

Penggiat Muzik Tradisional Melayu, Rahim Jantan Meninggal Dunia - Hiburan |  mStarMuzik tradisional Melayu secara amnya amat menenangkan bila didengar. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sayup dan mendayu. Seringkali, muzik tradisional Melayu mempunyai tempo yang perlahan dan alunannya juga lembut dan tidak rancak. Lirik dalam lagu-lagu tersebut selalunya menggunakan pantun yang berkaitan dengan sejarah lama, seperti lagu “Seri Mersing”, “Siti Payung” dan “Laksmana Mati Dibunuh”. Ada juga lagu-lagu yang bertemakan cinta seperti lagu “Gurindam Jiwa”.

Lazimnya, penyanyi atau pemain biola memainkan peranan yang kritikal dalam lagu-lagu asli. Mereka akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sementara diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli mencabar untuk dinyanyikan serta memerlukan teknik pernafasan yang betul.

Variasi muzik tradisional Melayu mempunyai pengaruh pelbagai etnik dari dalam dan luar Nusantara Melayu. Ini bermakna, selain mempunyai unsur-unsur etnik Melayu, muzik tradisional mempunyai unsur-unsur muzik Cina, India dan Arab. 

Ritma dan intonasi muzik yang merdu bergabung menjadi melodi yang unik. Antara muzik tradisional Melayu ialah ghazal, nobat dan dondang sayang.

 

Peralatan - MUZIK TRADISIONAL MELAYUGhazal merupakan satu seni tradisional masyarakat Melayu yang popular. Dahulu, ghazal dipanggil Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh-rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Ghazal seringkali dipersembahkan sebagai hiburan. Lantaran ada itu, antara mereka yang mempelajari seni muzik ini dan mempersembahkannya kepada Sultan Johor. Muzik ghazal kemudiannya mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan golongan istana yang lainnya. la lazimnya dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan atau acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan atau kerabat diraja dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam irama ghazal termasuk peti harmonium, biola, gambus, set alat tabla atau gendang do, tamborin and marakas.

 

Seterusnya, nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat merupakan muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik nobat ialah negeri Perak, Kedah dan Terengganu. Muzik nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan secara eksklusif di istana ketika majlis-majlis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baharu di istana dan bermacam-macam lagi. Para pemuziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja.

Nobat - MUZIK TRADISIONAL MELAYULazimnya, peranan pemuzik nobat diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Oleh sebab sifat nobat yang eksklusif, ia hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui tentang muzik nobat ini.Dondang Sayang pula merupakan sejenis lagu tradisional Melayu yang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun. Kadangkala ia disampaikan secara spontan oleh pendendangnya. Menurut sejarah, Dondang Sayang tercipta pada kurun ke-15 masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah ke Melaka. Mutu nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual-beli pantun. Ketua kumpulan pemuzik-pemuzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang bertugas untuk membekalkan melodi balasan dalam persembahan mereka.

No photo description available.Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi dendangan nyanyian Dondang Sayang termasuklah 1 biola, 1 gong dan 3 rebana. Jenis rebana terbahagi kepada dua – rebana kompang dan rebana keras. Pada zaman dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan unggul masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang diadakan. 

Namun begitu, dalam zaman yang serba moden kini, nyanyian atau muzik tradisional seperti Ghazal, Nobat dan Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan golongan muda. Justeru itu, amat penting bagi masyarakat kita untuk memelihara seni muzik tradisional kita kerana ia merupakan warisan daripada nenek moyang kita.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Teater Melayu: Bangsawan