Bicara Budaya

Permainan Tradisional

olehCikgu Sufianna Abas
June 2024

Permainan tradisional merupakan warisan kita semua, baik yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Walaupun kepopularannya semakin berkurangan dengan adanya permainan-permainan moden berteknologi tinggi, permainan tradisional tetap mendapat tempat di hati kita semua. Permainan-permainan ini mash giat diperkenalkan di sekolah-sekolah terutama semasa perkhemahan-perkhemahan budaya.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Dalam permainan tradisional ini, alat yang digunakan ialah papan congkak dan buah congkak. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”.

Days of traditional games are vanishing – Kata Malaysia

Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan bermula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh ‘menembak’ kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang mash banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Batu Seremban

Tulisan Leeya: BBK3410Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat dan sering dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. lanya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah ke peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Your Guide On How To Play Mahjong - The Star Moments

Mahjong

Mahjong merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Mahjong begitu terkenal dalam masyarakat Cina dan masih terus dimainkan oleh orang dewasa. Malah kini permainan ini turut dijadikan satu permainan komputer.

Yo-Yo Cina

Mohd Fudhail FazlanYo-yo Cina ialah permainan dari negara Cina yang mempunyai dua cakera yang sama saiz dan dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo Cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada terjatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Tiada huraian foto disediakan.Kabadi

Kabadi merupakan suatu permainan tradisional India yang amat memerlukan kekuatan fizikal. Dalam satu permainan, 2 pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain dibentuk. Gelanggang yang digunakan berukuran 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, dengan tujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum berpatah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.

Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.

Sebenarnya ada banyak lagi permainan tradisional yang pernah dimainkan bersama oleh rakyat Singapura berbilang bangsa. Ada kalanya tidak jelas asal usul suatu permainan itu kerana ia turut digemari oleh semua bangsa. Antara contohnya ialah permainan guli, capteh dan gasing. Jelas di sini bagaimana permainan tradisional itu mampu menyatukan rakyat. Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Muzik Tradisional Melayu