Cerpen Pelajar

Nasibku Si Telefon Bimbit

olehNaurah Khalisah Binte Nasser ( Darjah 2A Sekolah Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah )
September 2016

Aku sebuah telefon bimbit jenama Samsung. Aku berasa gembira apabila tuanku, yang bernama Mika memilih aku daripada bermacam-macam jenis telefon bimbit yang lain. Aku rasa Mika akan menjaga aku dengan baik.

Aku mengejutkan Mika daripada tidur setiap pagi. Dia membawa aku ke sekolah setiap hari. Selepas waktu sekolah, dia bermain dengan aku sehingga malam. Dia menggunakan aku setiap masa. Aku penat. Aku sungguh penat. Aku mahu berehat tetapi Mika tidak suka aku berehat. Mika tidak lagi menjaga aku dengan baik. Dia menggunakan aku dengan kasar.

Dahulu, tubuhku cantik dan berkilat. Sekarang, aku tidak cantik lagi. Badanku
lemah. Aku mahu tidur!

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Nasibku Si Telefon Bimbit

Tajuk: Bekerjasama