Sanggar Sastera

Ruang dan Saat

olehMawaddah Hussein
February 2024

Biar sesaat terlepas
Biar sesaat tertunda
Melayan bicara minda
Menanggung beratnya nilai kata-kata
Kata-kata yang bakal diluah kesat, kasar, manis hodoh, buta, bisu
Akan diukir
Kerana hati merana
Mendengar makna tersirat dalam bicara awang
Berbuih makian, hasutan, cemuhan
Tidak berasas
Biar sesaat tersimpan
Biar sesaat tertangguh
Mencari ilmu sahih sebalik ruang penuh catatan
Di sebalik ruang catatan, ada helahnya
Meneroka dan jelajahi
Oleh dengki, marah dan ketakutan
Biar sesaat diberi bagi manusia

 

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Bicara Bumi

Pengembara