Cerpen Pelajar

Wiraku

olehNur Ratna Juita Bte Mohamad Nazraruddin ( 4 Sincerity Nur Ratna Juita Bte Mohamad Nazraruddin )
September 2016

Setiap orang pasti mempunyai wira dalam hidup mereka. Bagi aku,wiraku adalah ibuku. Aku mahu mengikut jejak langkah ibuku. Nama ibuku ialah Jariah. Umurnya tiga puluh empat tahun .Dia seorang guru yang di Sekolah Menengah Northbrooks.

Aku menganggap ibuku sebagai wiraku kerana dia seorang yang rajin. Ibuku selalu membuat kertas latihan untuk anak muridnya walaupun dia penat dan sibuk melayan anak-anaknya. Selain itu, ibuku suka membantu orang. Ibuku mengajar aku doa-doa solat pada waktu Subuh.

Ibuku juga melakukan sesuatu di luar jangkaanku. Ibuku ikut serta dalam larian marathon sejauh 42.2 kilometer pada tahun 2013. Aku berasa kagum atas perbuatan ibuku kerana bukan senang untuk menghabiskan marathon 42.2 kilometer. Aku sendiri tidak terdaya berlari sejauh itu. Ibuku juga mengambil kursus agama. Aku berasa bangga walaupun ibuku seorang wanita yang sibuk, dia tetap mengadakan masa untuk mendalami ilmu agama. Apabila ibuku pulang dari kursus agamanya, dia selalu berkongsi ilmu kepada aku dan adikku.

Suatu hari, semasa aku berlatih menari di rumah, aku tersandung lalu bibirku terkena bucu meja. Darah mengalir deras daripada bibirku. Nenekku memberitahu ibuku yang sedang membaca Quran. Dengan pantas, ibu mencampakkan telekongnya lalu mengambil kain dan ais kemudian menekap bibirku yang berdarah. Dengan kelam-kabutnya, dia mendokong aku ke kereta lalu membawa aku ke klinik untuk merawat luka di bibirku.

Ibuku merupakan inspirasiku untuk berjaya. Aku mahu memiliki sifat seperti ibuku. Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan yang ibuku akan sentiasa menjadi inspirasiku.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Nasibku Si Telefon Bimbit

Wiraku