Cerpen Pelajar

Wiraku

olehZishan Haq Bin Mohamed Yousoof ( 4C Anglo Chinese Schoo )
September 2016

Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa tidak semua wira memakai kain layang. Bagiku kata-kata ini memang benar. Wira tidak semestinya seorang wira hebat yang lahir dalam studio filem seperti Batman, Superman atau Cicakman. Wira juga tidak semestinya orang yang menyelamatkan orang lain atau mempercepatkan sebuah negara.

Salah seorang yang penting dalam hidupku layak digelarkan wira kerana beliau merupakan seorang wanita yang cekal, tekal, berkorban demi kepentingan orang lain dan mempunyai hati emas. Beliau ialah ibuku.

Ibuku sekarang dikenali sebagai Nurlina Aysha Abdullah. Beliau memeluk agama Islam sewaktu bernikah dengan bapaku. Walaupun ibuku tidak dilahirkan sebagai seorang muslim tetapi ibuku mendidikku menjadi seorang lelaki yang beriman, berakhlak baik dan sentiasa mempunyai ikhsan terhadap orang lain terutama mereka yang sakit. Ibu mengajarku untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain terutama mereka yang sakit.

Pengorbanan terbesar yang pernah ibuku lakukan ialah meninggalkan pekerjaan profesional beliau sebagai seorang peguam koprat. Ibu mengambil berat tentang pelajaran kami. Ibu lakukan ini demi kepentingan kami adik-beradik. Ibu mahu menumpukan perhatian dan masanya untuk membimbing dan membesarkan kami adik-beradik. Ibu banyak mengambil berat tentang pelajaran kami. Ibu sendiri yang mengajar kami di rumah. Walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda ibu, beliau cuba sedaya upaya untuk membantu kami cemerlang dalam bahasa tersebut.

Ibu sebagai seorang wanita yang melahirkan kami adik-beradik wajar digelarkan wira kerana semangatnya yang kental. Memang benar semua ibu di dunia ini merupakan wira. Namun, semangat, dedikasi dan pengorbanan ibuku melangkaui tanggungjawab sebenar seorang ibu.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Wiraku

Nasibku Si Telefon Bimbit