Sebut sahaja perkataan “melancong” dan pelbagai gambar atau imej tempat-tempat percutian menerjah fikiran. Imej-imej ini mungkin hasil daripada percutian yang baru berlalu, atau mungkin merupakan destinasi kita yang seterusnya. Melancong ke luar negara merupakan satu aktiviti yang semakin digemari ramai.