pan>Cikgu Nur Amalina Binte Shalan

Dalam dunia yang semakin hari semakin moden dan wujudnya hutan konkrit di setiap penjuru, landskap semula jadi menjadi santapan mata yang indah, meyegarkan dan menenangkan apabila dihayati. Entri Nusa kali ini akan memaparkan 5 landskap ajaib di dunia.

Songket merupakan tekstil tradisional yang berasal dari Pulau Sumatra di mana benang emas atau perak ditenun ke dalam benang lungsin. Ianya dipercayai Kain songket dianggap kain yang mewah. Pada zaman dahulu, hanya orang-orang bangsawan sahaja yang dapat mengenakan kain songket.

Gugur setangkai bunga melati, Bersepah kelopak celahan di dada; Sekian lama sudah dinanti, Izinkan saya mulakan bicara. Begitulah salah satu contoh pantun adat yang sering digunakan di masa kini. Pantun adat selalunya digunakan dalam upacara adat istiadat orang Melayu.

Tanpa kita sedari, kita sudah menghampiri penghujung tahun. Waktu sebegini sering dijemput dengan keresahan oleh sesetengah pelajar. Sebabnya, para pelajar harus menduduki peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Keringat mengalir, tangan menggeletar dan diri pula menjadi tidak keruan.

Otak manusia – ia merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh seorang manusia. Ramai daripada kita sering mengambil sambil lewa tentang betapa signifikan ciptaan Yang Maha Esa ini. Pada masa yang sama otak memiliki pelbagai fungsi yang tidak diketahui oleh masyarakat.

Dengan niat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengarang serta menyediakan ruang untuk menyerlahkan kebolehan dalam penulisan, Pusat Bahasa NUSA telah menganjurkan sekali lagi peraduan Saya Boleh Mengarang tahun ini. Dengan penyertaan yang mencecah lebih daripada 200 pelajar, peraduan ini telah menyaksikan bakat para pelajar dalam penulisan.

Tubuhku bergegar. Alunan muzik bergema sekaligus menghapuskan keheningan suasana. “6:00am” jelas tertera. Dalam kegelapan, diriku diangkat lalu dipicit. Serentak, gegaran dan alunan muzik terhenti. Kegelapan dimamah cahaya. “Hadi! Hadi! Bangun!” Terdengar suara seorang wanita. “Ya ibu. Hadi nak pergi mandi,” suara yang tidak asing menjawab.

“Alahai, Musdhalifah.. Soalan senang begini pun tidak boleh jawab dengan betul? Kesian..,” aku menyindir Musdhalifah dengan nada sarkastik. Aku berlalu pergi dari meja Musdhalifah dengan senyuman sinis. Aku sempat melihat kertas jawapan Matematik milik Musdhalifah.

Hari ini harinya Tanpa merancang Buku merah dalam tangan Aku mulakan pengembaraan Laut, darat, udara Aku tiba di destinasi Beribu-ribu batu jauh dari keselesaan Mengikut kata hati Aku terus melangkah Dengan hati yang ghairah.

Gunung-gunung yang berdiri, Tinggi dan tegas di atas bumi. Langit yang biru, luas dan jelas, Membayangkan dunia yang suci.

Aku merenung jauh sambil tanganku menggenggam jeriji penjara. Mataku tertumpu pada tembok yang berhadapan dengan aku. Kelihatan corat-coret yang menghiasi tembok itu. Pasti peninggalan penghuni-penghuni penjara sebelumnya. Lamunanku menerpa sanubariku.

Hanya suara cengkerik menjadi temanku pada malam Ramadan pertama itu. Aku bersyukur kerana umurku dipanjangkan lagi untuk beribadah kepadaNya. Aku teringat akan peristiwa yang berlaku atas diriku ketika aku berumur 18 tahun.

Hi kawan-kawan! Aku adalah Amira. Aku ialah telefon bimbit yang mahal dan canggih. Aku disarungkan dengan sarung telefon bimbit yang berwarna-warni dan berbunga-bunga. Aku dijaga dengan baik. Pada suatu hari, Puan Amida pergi ke kedai kopi untuk membeli sarapan sebelum dia ke pejabatnya.

Setiap orang pasti mempunyai wira dalam hidup mereka. Bagi aku,wiraku adalah ibuku. Aku mahu mengikut jejak langkah ibuku. Nama ibuku ialah Jariah. Umurnya tiga puluh empat tahun .Dia seorang guru yang di Sekolah Menengah Northbrooks. Aku menganggap ibuku sebagai wiraku kerana dia seorang yang rajin.

Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa tidak semua wira memakai kain layang. Bagiku kata-kata ini memang benar. Wira tidak semestinya seorang wira hebat yang lahir dalam studio filem seperti Batman, Superman atau Cicakman. Wira juga tidak semestinya orang yang menyelamatkan orang lain atau mempercepatkan sebuah negara.

Pada suatu hari, Intan sedang berjalan pulang ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, Intan ternampak diriku yang tercampak di lantai. Dia tersenyum. Dia mengelap mukaku yang bercalar. Selepas membersihkan wajahku, senyumannya yang manis tadi hilang. Dia kelihatan keliru sekali. Mungkin Intan tidak tahu bagaimana dia mahu mencari pemilikku.

Aku sebuah telefon bimbit jenama Samsung. Aku berasa gembira apabila tuanku, yang bernama Mika memilih aku daripada bermacam-macam jenis telefon bimbit yang lain. Aku rasa Mika akan menjaga aku dengan baik. Aku mengejutkan Mika daripada tidur setiap pagi. Dia membawa aku ke sekolah setiap hari.

Sebut sahaja perkataan “melancong” dan pelbagai gambar atau imej tempat-tempat percutian menerjah fikiran. Imej-imej ini mungkin hasil daripada percutian yang baru berlalu, atau mungkin merupakan destinasi kita yang seterusnya. Melancong ke luar negara merupakan satu aktiviti yang semakin digemari ramai.

MATAHARI memancar seikhlas tenaganya ke alam semesta. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Raja Semut Merah memerintah untuk rakyatnya mencari epal yang istimewa di Gunung Ledang. Setelah mendengar suruhan itu, banyak semut memulakan perjalanan mereka. Apabila Semut-semut Merah itu sampai di atas Gunung Ledang, mereka terjumpa dengan Semut-semut Hitam.

Perubahan iklim merupakan perubahan jangka panjang dalam distribusi pola cuaca. Dalam erti kata lain, cuaca menjadi tidak menentu. Kehidupan atas bumi bergantung pada tenaga matahari. Gas rumah hijau memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keseimbangan antara tenaga matahari yang keluar dan masuk ke dalam bumi.

Peperiksaan pertengahan tahun sudah pun tamat. Setelah bercuti sekolah selama sekitar sebulan, tidak lama lagi akan tiba waktu yang genting bagi ramai pelajar: penerimaan keputusan peperiksaan. Tatkala menatap muka kertas keputusan, ada yang akan tersenyum lebar kerana berasa puas telah mencapai markah atau gred sasaran.

Para sejarawan mempercayai bahawa asal-usul batik bermula sejak abad ke-17 masihi. Pada waktu itu, corak batik dilukiskan pada daun lotar dan papan rumah adat Jawa. Pada mulanya, pola atau motif batik didominasi dan diilhamkan oleh flora dan fauna.

Dewasa ini, ramai yang memperjuangkan teknologi yang mesra alam. Hal ini demikian kerana sumber semula jadi semakin berkurangan. Oleh itu, para aktivis alam sekitar giat mereka inovasi teknologi baharu yang dapat mengitar semula bahan buangan, lebih-lebih lagi bahan buangan yang tidak biorosot.

Pada zaman persekolahan kini, sudah tentu anda kadangkala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk ujian-ujian yang akan datang di samping menghabiskan tugasan-tugasan rumah yang bertimbun, bukan? Kadangkala, rasa bosan, letih dan tertekan pasti dirasai apabila terlalu banyak masa diluangkan untuk kerja-kerja sekolah.

Berbalik kepada fungsi pantun, pantun jenaka juga ada pelbagai kegunaannya. Selain daripada menghiburkan hati dan memeriahkan suasana, pantun jenaka mempunyai fungsi yang berbeza-beza bergantung kepada tempat, masa dan golongan yang mendengarkan pantun tersebut.

“Kakak!” Amirah menghela nafasnya dalam-dalam. Matanya dipejamkan seketika. Bibir diketap rapat agar tidak terhambur lahar kemarahan yang sedang membuak-membuak dalam lubuk hatinya. Periuk nasi yang sedang dibasuh dihempas sedikit tanda protes kecil sebelum menyahut panggilan Ibu.

Cik Ain Maisarah. Sejauh ini, beliau telah menghasilkan bersama 3 buah buku di bawah naungan syarikat BLINK iaitu: ‘Miss Spa LAWAN Miss Kampung’, ‘OMG! Gila Buku’ dan ‘Aku Mahu Banyak Like’.

Dunia yang kita huni ini bukan sahaja dikongsi milik antara sesama diri kita. Ia juga menjadi tempat menetap berbilion lagi kehidupan yang lain- tidak kira sama ada yang dapat dilihat dengan mata yang kasar seperti haiwan, mahupun makhluk mikroskopik.

Pantun tidak semestinya digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud sahaja. Pantun juga digunakan untuk bertanyakan soalan kepada pihak yang lain. Oleh kerana pantun merupakan jenis sastera yang sering digunakan secara lisan terutamanya pada zaman dahulu, ia melatih kita untuk berfikir dengan pantas apabila membalas pantun.

Suasana riuh di sekolah. Aku dapat melihat rakan-rakanku bersama ibu-bapa masing-masing sedang menunggu di luar pintu dewan. Semua dengan perasaan masing-masing. Gementar, takut, bimbang dan tidak sabar. Tidak sabar mendapat keputusan Peperiksaan GCE ‘A’ mereka.

Makanan Melayu sering dianggap tidak sihat disebabkan bahan-bahan yang digunakan di samping kaedah masakannya. Contohnya, banyak makanan Melayu digoreng dengan menggunakan kadar minyak yang tinggi.

Silat merupakan sejenis seni bela diri yang berasal dari nusantara Melayu. Di Singapura, silat mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Melayu. Ini dapat dilihat daripada populariti persembahan-persembahan silat yang sering dipentaskan sewaktu majlis-majlis keramaian seperti majlis walimatul urus atau majlis pelancaran Bulan Bahasa.

“Saya sudah habis sekolah, ibu. Nanti saya jumpa ibu di rumah,” pesan Alif yang hendak pulang ke rumah selepas kelas tambahan. Dia berjalan bersendirian kerana kawan-kawannya sudah pulang ke rumah. Sambil berjalan di kolong bloknya, dia ternampak dua orang remaja yang sedang menghisap rokok tanpa segan silu.

Dalam cuaca panas terik ini Jeff terpaksa berjalan kaki pulang ke rumahannya. Badannya dibongkokkan untuk mengatasi keberatan beg sekolahnya. Badannya berpeluh dan Jeff barasa panas dan haus. Dia meraba-raba di tepi beg sekolahnya untuk botol airnya tetapi botol airnya tidak di situ.

“Aduh! Panasnya hari ini,” keluh Tobias sambil mengesat peluh di dahinya. Ketika itu, Tobias sedang berjalan pulang dari sekolah selepas latihan larian. Sewaktu berjalan, Tobias ternampak anak-anak jirannya, Mick dan Izzati sedang melepak di kolong blok.

Encik Hafiz Bin Yusof, seorang penggiat seni teater daripada kumpulan teater Celik, merupakan seorang individu yang aktif dalam arena teater Melayu di Singapura.

Sebuah tamadun ditandakan dengan kewujudan budaya yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan sebuah masyarakat. Budaya, yang merujuk kepada kemajuan fikiran dan akal budi sebuah masyarakat, dizahirkan dalam bentuk kepercayaan, adat, seni dan sastera masyarakat tersebut.

Adik, Biar langit melihat wajahmu, Biar ia saksikanmu penuhi amanahmu Kerana kau hamba Tuhan diperkasakan iman. Kerana kau anak bangsa dimuliakan bahasa.

Bangsaku kaya Harta permata kita ditinggalkan nenek moyang Gelang emas penghias nadi Warisan emas menjadi rantaian nadi Biar dirangkul erat segala milik harta Secebis nota buatmu sayang.

Pernahkan kamu berasa seperti 24 jam dalam sehari itu tidak pernah mencukupi? Pernahkah juga kamu menduduki ujian atau peperiksaan sebelum selesai mengulangkaji semua yang patut? Tentunya bukan kamu seorang sahaja yang mengalami situasi sedemikian. Ramai pelajar mengalami kesukaran untuk mengimbangi masa dengan baik.

Pepatah Melayu sememangnya tidak pernah lekang daripada menyisipkan nasihat-nasihat yang boleh dijadikan tauladan kepada kita semua. Begitulah juga prinsip seorang pelajar Edufront, Ahmad Irfan Bin Ahmad Kamal, yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh sehingga meraih pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan juga PSLE pada tahun lalu.

Ibarat mengejar sang mentari Langit cerah menyinari cahaya Memberi perangsang pada diri Usah diikutkan jiwa yang lemah.

Tanpa batas, tanpa sempadan Untuk diciduk, untuk digali Nanti labanya kau juga yang raih Tingkatkan usaha, bulatkan hati.

Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca dan alam di sekeliling kita sangat membimbangkan. Banyak terdengar berita tentang pencemaran alam yang berlaku dan sekaligus mengakibatkan terjadinya pertukaran cuaca di seluruh alam maya.

Masa itu emas. Oleh itu kita perlu memanfaatkan amanah masa yang diberikan dengan melakukan pelbagai kegiatan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri kita, tetapi kepada masyarakat dan negara juga.

Pernahkah kamu ingin mencapai sesuatu tetapi gagal melakukannya? Contohnya, kamu ingin sekali mencapai gred A dalam subjek Matematik tetapi kamu gagal. Kecewa bukan?

Begitu indah dan cantik kuntuman bahasa serta mesej yang disampaikan menerusi serangkap pantun ini. Sebagai salah satu daripada khazanah puisi tradisional Melayu, pantun masih popular dalam kalangan masyarakat kita sehingga ke hari ini.

Adik mengucup tanganku. Kemudian, tubuhku dirangkulnya erat. Perasaan rindu yang lama terbuku di dalam hati, dilepaskan sepuas-puasnya. Lebih dua dekad dia tidak bertemu dengan aku dan Angah. Banyak perubahan yang dapat aku lihat pada dirinya. Cara pendewasaannya berbeza dengan kami.

Sarapan pagi merupakan perkara yang amat penting dan seharusnya dijadikan rutin wajib setiap hari. Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan pagi, lebih-lebih lagi para pelajar dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat menyediakan makanan ringan kerana bangun lewat.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam alat muzik genderang. Dipercayai bahawa kompang berasal dari negeri Arab dan telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-13 ketika zaman Kesultanan Melaka.